CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Copyright Protected by ERIEY MISi

Wednesday, January 11, 2012

solat tapi tak tutup aurat

Apakah hukumnya bagi sesorang yang mengerjakan solat, tapi tidak menutup aurat apabila di luar solatnya? Adakah diterima ibadahnya? Persoalan yang sering kita dengar tapi masih belum diterjemahkan dengan jawapan yang sahih. Pelbagai pendapat yang kita dengar berkenaan persoalan ini, sebagai contoh ada pendapat yang mengatakan tidak diterima solat orang yang tidak menutup aurat.




Tetapi siapakah kita yang kerdil ini untuk mempersoalkan tentang ibadah itu diterima atau tidak, hanya Allah yang sahaja yang tahu. Sebagai rujukan, persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:

              30."Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.


             31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." 


 .
Janganlah kita lupa untuk menutup aurat dengan sempura agar tidak menjadi tuntutan fasyen tapi tuntutan Islam.

Pemilihan calon suami dan isteri

Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.



Ciri-ciri bakal suami

  • beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
  • bertanggungjawab terhadap semua benda
  • memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
  • tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
  • rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

Ciri-ciri bakal isteri

  • beriman & solehah
  • rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
  • memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • menentukan mas kahwin yang rendah
  • wanita yang subur
  • masih dara
  • berasal dari keturunan yang baik
  • bukan keturunan terdekat
  • tidak memandang harta semata-mata

Monday, November 21, 2011

renungkan...

Jika mereka sibuk mencari cinta,
biarlah kita sibuk mencari keimanan.
Jika mereka sibuk mencari pasangan,
biarlah kita sibuk mencari keredhaan.
Jika mereka menangis kerana kecewa dalam bercinta,
biarlah kita menangis kerana menanggung dosa-dosa lalu,
Jika mereka cintakan duniawi,
biarlah kita cintakan ukhrawi...

Muhasabah diri...

Imam Syatibi dengan Justin Bieber mana kita lebih kenal?

Ahli kumpulan Simple Plans dengan Wali Songo mana kita lebih tahu?
Lirik lagu Lady Gaga dengan Surah Al-Qiyamah mana lagi kita hafal?
Kisah Muawiyah bin Abu Sufiyan dengan Cerita Transformers mana kita lebih tahu?
Makkah Al-Mukarammah dengan New York mana kita lebih mengenalinya?
Ilmu Al-Quran dengan Ilmu Biology mana kita lebih mahir?

Sungguh malu kita sebagai umat Islam tetapi kurang mengetahui apa yang terkandung di dalam Islam. 

"Wahai mukmin! Masuklah kamu ke dalam SEPENUHNYA...." Surah Al-Baqarah ayat 208

Tanya diri kita,
Mana kita lebih kenal dan mana kita lebih cintai? Muhasabah diri kita sekali lagi..

credit to hamba Allah

Tuesday, October 11, 2011

alhamdulillah !!

akhirnya !
siap jugak movie aku buat untuk member2 aku !
penat aku buat...
ta tido malam !
just nak tgk korang senyum bila tgk video 2 !
hehehe !

Friday, October 7, 2011

malam tangisan !

sabtu, around 1.20 am until diorang siap nangislah ! diorang ? sape uh ? BFF aku lah ! time kat college dulu kena sepak ngan aku jer ! ha3 ! humm ! tapi persoalannye kenapa diorang menangis ?? nak kata putus cinta ? tak !! mungkin lapa kowt or PMS lah 2 ! ha3 !

pesanan khas untuk diorang:
udah2 lah 2 nangis ! buruk teman tengok..dah rupe jebon( tu lah suka sgt panggil aku jebon ! jebon punye budak !) ha3 !
chill lar..kita kan dah macam siblings ! tapi aku still yang muda..he3 !
susah korang bersama..senang kita bersama ! kih2 !
kalau asyik duk pikiq sgt pasai masalah memang lah rasa nak nangis...semua orang ade masalah ! chill der !
bawak2kan tgk youtube 2...bukak lagu doa perpisahan ! baru laju sikit mengalir...! he3 !


iklas dari aku eriey misi untuk CL ngan AK  ! he3 !

semangat lebih !!

Huh ! doh lar kaloh ! keno huje pulok 2 ! tok ngapus sero g tgk bola ! berat2 !