CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Copyright Protected by ERIEY MISi

Wednesday, January 11, 2012

solat tapi tak tutup aurat

Apakah hukumnya bagi sesorang yang mengerjakan solat, tapi tidak menutup aurat apabila di luar solatnya? Adakah diterima ibadahnya? Persoalan yang sering kita dengar tapi masih belum diterjemahkan dengan jawapan yang sahih. Pelbagai pendapat yang kita dengar berkenaan persoalan ini, sebagai contoh ada pendapat yang mengatakan tidak diterima solat orang yang tidak menutup aurat.




Tetapi siapakah kita yang kerdil ini untuk mempersoalkan tentang ibadah itu diterima atau tidak, hanya Allah yang sahaja yang tahu. Sebagai rujukan, persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:

              30."Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.


             31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." 


 .
Janganlah kita lupa untuk menutup aurat dengan sempura agar tidak menjadi tuntutan fasyen tapi tuntutan Islam.

0 comments: